Dato’ Husam Musa

8 08 2009

Husam Musa BlogDato’ Haji Husam Musa lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan ADUN Salor yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979). Beliau meneruskan pengajian tinggi di Universiti Malaya (1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Di Universiti Malaya, beliau menuntut dalam jurusan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Beliau juga merupakan ahli PMIUM dan pernah dilantik menjadi EXCO MPMUM sesi 82/83 di bawah pimpinan Presiden Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Puad Zarkashi. Husam adalah junior kepada Shabery Cheek dan Puad Zarkashi di UM.

Read the rest of this entry »





Datuk Seri Anwar Ibrahim

4 08 2009

anwar_ibrahim-smileDatuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan ‘anak didik’  Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Walau bagaimanapun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan dia telah dibebaskan. Sebaliknya dalam bulan Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat seorang penolongnya.

Read the rest of this entry »





Tun Dr. Mahathir Mohamad

1 08 2009

copy-3-of-pm1Tun Mahathir Mohamad dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Sejak kecil Mahathir ditimang dengan nama ‘Che Det’.

Beliau merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Tun Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Read the rest of this entry »





Datuk Dr. Ghauth Jasmon

30 07 2009

presidentDatuk Profesor Dr. Ghauth Jasmon yang lahir di Johor pada 1 November 1956 merupakan Naib Canselor Universiti Malaya yang terkini. Beliau telah menggantikan Datuk Rafiah Salim pada 8 November 2008 berikutan keengganan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyambung kontrak Datuk Rafiah.

Sebelum itu, Dr. Ghauth Jasmon merupakan presiden Universiti Multimedia dan CEO Kolej Antarabangsa Unity.

Dr. Ghauth Jasmon telah menamatkan pengajian beliau dengan Ijazah Kelas Pertama Kejuruteraan Elektrik pada 1979 dan Ijazah Kedoktoran dalam Kejuruteraan Sistem Kuasa pada 1982 dari Universiti London.

Read the rest of this entry »





Datuk Rafiah Salim

30 07 2009

rafiahsalimDatuk Rafiah Salim (lahir pada 13 Mei 1947), dilahirkan di Kuala Krai, Kelantan, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya sejak 1 Mei 2006, menggantikan Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 31 Mac 2006.

Perlantikannya juga dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati Timbalan Naib Canselor HEPA pada ketika itu, Dr Razali Agus yang sejak awal melobi untuk dilantik sebagai NC.

Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tunku Kurshiah and Victoria Institution. Rafiah yang juga pemegang sarjana muda dan sarjana undang-undang dari Queen’s University of Belfast, United Kingdom mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor awam dan swasta dan juga di peringkat antarabangsa.

Read the rest of this entry »





Datuk Dr. Hashim Yaacob

30 07 2009

00001396Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob (lahir pada 1949) merupakan Naib Canselor Universiti Malaya ke-8 dari 31 Mac 2003 hingga 31 Mac 2006 menggantikan Profesor Datuk Dr. Anuar Zaini Md. Zin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mac 2003. 

Dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan, beliau berasal dari keluarga susah yang ibu dan bapanya merupakan penoreh getah yang buta huruf, di sekolah kampung yang serba kekurangan dan kini menjadi profesor terbilang di bidang perubatan mulut.

Beliau mendapat lima distinction dalam peperiksaan LCE di sekolah bukan berasrama pada tahun 1965 dan merupakan salah seorang pelajar LCE terbaik di zamannya.

Read the rest of this entry »





Dato’ Dr. Anuar Zaini Md. Zain

30 07 2009

Prof Anuar ZainiProfesor Dato’ Dr. Anuar Zaini Md Zain sekarang ini bertugas Professor of Internal Medicine and Head di Sekolah Perubatan dan Sains Kesihatan, Monash University Malaysia.

Beliau memegang ijazah dalam Endocrinology dan Perubatan Metabolik dari United Kingdom (Royal Victoria Infirmary, Newcastle) dan Australia (Medical Research Center, Prince Henry Hospital, Melbourne).

Beliau adalah Fellow Kanan di Royal College of Physicians Edinburgh UK (FRCPEdin) dan the Royal Australasian College of Physicians (FRACP).

Read the rest of this entry »





Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad

30 07 2009

normal_014Allahyarham Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdullah Sanusi Ahmad merupakan bekas Naib Canselor Universiti Malaya dari Mac 1994 hingga Mac 2000.

Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1936 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan telah melangsungkan perkahwinan dengan Puan Sri Hashimah Hj Ismail dan dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Faizal, Mudzafar, Redza dan Iskandar.

Mendapat pendidikan awal di Tuanku Muhammad School (TMS) , Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi, Pengajian Melayu dan Belanda pada 1960 dan 1961 daripada Universiti Malaya Singapura (1960) dan Universiti Malaya Kuala Lumpur (1961).

Read the rest of this entry »





Dato’ Dr. Syed Hussein Alattas

30 07 2009

dn_03_bigDato’ Dr. Syed Hussein Alattas (September 17, 1928 – January 23, 2007) was a Malaysian academician and former politician. He was once Vice-Chancellor of the University of Malaya (May 1988 – Jan 1991), and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books, the most famous being ‘The Myth of the Lazy Native’.

Syed Hussein was born in Bogor, Indonesia. His grandfather, Sayyid ‘Abd Allah bin Muhsin al-Attas, came from Hadhramaut and settled in Bogor. Syed Hussein is the older brother of Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Syed Hussein was among several intellectuals who formed Gerakan in 1968 as an offshoot of the defunct Labour Party. Gerakan was relatively successful in the 1969 general election, where it campaigned on a platform of social justice and the reduction or elimination of Bumiputra privileges outlined by Article 153 of the Constitution. Gerakan held a victory rally in the capital of Kuala Lumpur to celebrate.

Read the rest of this entry »





Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

30 07 2009

Prof_ungku_azizYang Mulia Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993.

Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan Diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah binti Abdullah.

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz, seorang budayawan terkenal dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu YM. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.

Read the rest of this entry »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.